Setelah berjaya berhenti merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan.
Saya kini sudah boleh merasai akan rasa sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa makanan yang dimakan.
Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang berbau rokok setiap kali bangun tidur.
Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih baik.
Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya gunakan.
HIDUP ini menjadi lebih INDAH!
Item ID | : Panduan Berhenti Merokok |
Quantity | : |
Price | : $30.00 |
Baca Selanjutnya |
No comments:
Post a Comment